Photobucket



Wednesday, December 26, 2007
..:: Free Talk ::..

Salam ukhuwah buat semua sahabat dan sahabiyah pengunjung blog ini. Lama rasanya ana tak menulis. Ini semua gara-gara ana dihambat kesibukan sebagai seorang pelajar. Buat pengetahuan semua, kisah "Inikah Ertinya Cinta?" sedang dalam proses edit semula setelah ana mendapat feedback dari sahabat setia, dan juga penelitian ana sendiri. Tajuknya juga bakal berubah iaitu "Mentariku Tersenyum Lagi" kerana ana merasakan tajuk ini lebih bersesuaian. Kisah ini masih dalam proses dan doakan ana diberikan kesempatan waktu untuk terus menulis. Ke'bisu'an ana juga disebabkan PC tersayang ana rosak dan ana masih bernasib baik kerana coretan-coretan ana telah disimpan dalam thumbdrive...kalau tak....

Kisah "Tak Ada Maknanya!" juga masih dalam proses untuk menemui penamatnya. Kisah ini tidak terlalu panjang. Dan mungkin selepas ini ana akan lebih tertumpu kepada penulisan cerpen disebabkan ana tidak mempunyai kesempatan waktu yang banyak. Baru-baru ini ana telah membaca dua buah novel yang berbentuk tarbiyah. Satu hasil karya anak kelahiran Malaysia dan satu lagi karya dari seberang. Kisahnya cukup menyentuh naluri. Novel "Tautan Kasih" karya Fatimah Syarha Mohd Noordin membuat ana tertanya sendiri...mampukah ana menjadi seperti Elya Khadeeja dan Asiah Yusra? Mampukah ana menjadi seorang da'ieah yang sabar seperti mereka? Mampukah ana untuk terus menundukkan pandangan dalam dunia kini yang penuh godaan....moga ana terus kuat...amiin...

Photobucket

Dan novel "Ayat-ayat Cinta" karya dari seberang Habiburrahman El Shirazzy membuatkan ana jatuh hati pada Fahri...namun layakkah ana buat insan seperti Fahri sedangkan afal kami cukup berbeza...dan mampukah jua ana menjadi setabah Aisha tatkala suami tercinta diuji Allah dengan ujian yang maha berat...dan adakah ana mampu untuk menerima seorang wanita lain sebagai insan yang bergelar madu? Biarpun madu itu manis rasanya tapi hakikat sebenar dalam kehidupan rumahtangga ia tak semanis mana kerana dalam redha dan pasrah pasti ada sedikit kepedihan di lubuk hati yang paling dalam.

Photobucket

Moga ana diberi kekuatan untuk terus berkarya dan moga dua novel ini menjadi panduan ana untuk menghasilkan karya sepertinya.

 

Corat-coret,

Photobucket

~Puteri Iman~


Posted at 03:30 pm by IsmiHasni

fatinazmin
April 3, 2008   12:05 AM PDT
 
salam kunjung
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

..::Ceritera Seorang AKU::..



Sekadar ingin dikenali sebagai
{@} ADTeja {@}
{@} Puteri Iman {@}
{@} IsmiHasni {@}



Tentang Seorang Mara'ah...

"Aku hanyalah seorang insan yang berkelana di bumi Tuhan dalam kembara mencari yang sebenar. Aku percaya andai aku bertemu cinta yang terAgung, hidupku akan cukup bahagia biar apa jua dugaan dan rintangan yang melanda... Demi-Nya, aku hidup di dunia ini... Kerana cinta-NYA, aku menjadi pemburu... Pemburu Cinta TerAgung... "



..::IKIM.fm::..



Nak dengar radio IKIM.fm? Klik ikon 'PLAY'









..::Sekadar Coretan::..


Keranamu Nur Insyirah


[1]

Antara dua insan, yang manakah akan menjadi pilihan? Insan yang suatu tika dahulu pernah bertakhta di hati atau insan yang bergelar tunangan? Masih adakah cinta Insyirah buat Haikal? Adakah secebis cinta di hati Insyirah buat Hadi?Segalanya keranamu...Nur Insyirah...

Hubbah


Rentetan kisah Wardah Humairah , seorang gadis yang mengalami jatuh bangun dalam hidup dengan penuh suka, duka, tawa dan air mata. Sepanjang kembara kehidupannya hadir insan-insan yang memberi kata semangat untuk dia terus bangkit dari sebuah kegagalan. Namun adakah kehadiran Abdullah al-Hakim, Mr. Muizz dan Badrul Affendy menyelitkan bunga-bunga hubbah dalam lubuk qalbnya? Persoalan hubbah yang cukup universal, yang cukup meluas cuba diterapkan dalam coretan ini. Hubbah bukan sekadar terhadap sesama insan, malah mencakupi maksud yang lebih luas lagi. Mampukah Wardah Humairah bangkit dari kegagalan silam? Adakah hubbah mampu mengubah segala-galanya? Apakah pengakhiran kisah Wardah Humairah?


Tak Ada Maknanya!


Takda maknanya! Itulah yang sering diucapkan Ainul Afiqah. Kehadiran seorang jejaka bernama Amiruddin di sisi baginya cukup menjengkelkan...hanyalah kebencian wujud di hati Ainul Afiqah buat Amiruddin...namun dalam tidak sedar, dalam benci ada rindu... Tapi, adakah rindu itu akan berpanjangan?



..::My Sites::..

Free Talk

::Kegagalan atau Ujian?::
::Sahabat, Teman, Kawan atau Member?::
::Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?::
::Sehari Di RS::
::Kisah Ikan-ikanku... ::
::Nasib Malang Adikku... ::
::Love is Blind... ::
::Bingkai Kehidupan Remaja Palestine::
::Nilai RM5::
::Pertembungan Dua Dunia::
::Lambaian 2007::
::Corat-coret Lepas Cuti::



Bicara Tilmizah

::Semester Baru::
::Apprentice Program::



Bicara Novel

::Lama tak berkarya::
::Buku Baru Hlovate::



..::Tautan Ukhuwah::..



..::e-Novel Best::..




..::Nasyeed::..




..::Islamic Pages::..




..::Katalog Buku::..




..::Minda Tokoh::..




..::Komuniti::..




..::Karya Online::..





Album Gambar





Short Movie








..::Halwa Telinga::..



Ungu - Andai Kutahu





..::Status YM::..



Ukhti Hasni









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed