Sekadar ingin dikenali sebagai
{@} ADTeja {@} {@} Puteri Iman {@} {@} IsmiHasni {@}
Tentang Seorang Mara'ah...
"Aku hanyalah seorang insan yang berkelana di bumi Tuhan dalam kembara mencari yang sebenar. Aku percaya andai aku bertemu cinta yang terAgung, hidupku akan cukup bahagia biar apa jua dugaan dan rintangan yang melanda... Demi-Nya, aku hidup di dunia ini... Kerana cinta-NYA, aku menjadi pemburu... Pemburu Cinta TerAgung...
"
Antara dua insan, yang manakah akan menjadi pilihan? Insan yang suatu tika dahulu pernah bertakhta di hati atau insan yang bergelar tunangan? Masih adakah cinta Insyirah buat Haikal? Adakah secebis cinta di hati Insyirah buat Hadi?Segalanya keranamu...Nur Insyirah...
Hubbah
Rentetan kisah Wardah Humairah , seorang gadis yang mengalami jatuh bangun dalam hidup dengan penuh suka, duka, tawa dan air mata. Sepanjang kembara kehidupannya hadir insan-insan yang memberi kata semangat untuk dia terus bangkit dari sebuah kegagalan. Namun adakah kehadiran Abdullah al-Hakim, Mr. Muizz dan Badrul Affendy menyelitkan bunga-bunga hubbah dalam lubuk qalbnya? Persoalan hubbah yang cukup universal, yang cukup meluas cuba diterapkan dalam coretan ini. Hubbah bukan sekadar terhadap sesama insan, malah mencakupi maksud yang lebih luas lagi. Mampukah Wardah Humairah bangkit dari kegagalan silam? Adakah hubbah mampu mengubah segala-galanya? Apakah pengakhiran kisah Wardah Humairah?
Tak Ada Maknanya!
Takda maknanya! Itulah yang sering diucapkan Ainul Afiqah. Kehadiran seorang jejaka bernama Amiruddin di sisi baginya cukup menjengkelkan...hanyalah kebencian wujud di hati Ainul Afiqah buat Amiruddin...namun dalam tidak sedar, dalam benci ada rindu... Tapi, adakah rindu itu akan berpanjangan?